Mat Sabu: Laporan saya mahu guna Viva ke pejabat tak benar

Mat Sabu: Laporan saya mahu guna Viva ke pejabat tak benar

Beliau berkata kenderaan rasmi akan dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan jawatan disandang namun menolak kemungkinan menggunakan hak itu lebih daripada sepatutnya.

Free Malaysia Today
Mohamad yang juga presiden Amanah berkata segala berita mengenai beliau hanya akan dikeluarkan menerusi kenyataan atau akaun media sosial rasminya.
KUALA LUMPUR:
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan laporan tular di media sosial mengatakan beliau enggan menggunakan kemudahan kenderaan rasmi disediakan kementeriannya.

Beliau berkata kemudahan tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya sesuai dengan jawatan yang disandang namun menolak kemungkinan menggunakan hak itu lebih daripada sepatutnya.

“Kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

“Menjadi tular perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri saya, dan saya ingin tegaskan ia tidak benar,” katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Mohamad yang juga presiden Amanah berkata segala berita mengenai beliau hanya akan dikeluarkan menerusi kenyataannya atau akaun media sosial rasminya di Facebook, Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia, Twitter: @MSabu_Official, dan Instagram: msabu_official.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.