Patung rambut panjang di Jepun simpan misteri aneh

Patung rambut panjang di Jepun simpan misteri aneh

Rambut patung itu dikatakan tumbuh dari masa ke semasa dan kini pada paras lutut patung tersebut.

Jepun merupakan negara dengan budaya luar biasa dengan pelbagai kisah dan sejarah unik hinggalah bermisteri.

Salah satu kisah misteri ala-ala Annabelle yang masih popular dan menjadi tarikan pelancong di Jepun, khususnya di pulau Hokkaido ialah patung bernama Okiku yang konon memiliki rambut yang boleh tumbuh dari masa ke semasa seperti rambut manusia.

Okiku atau ”The Haunted Doll of Hokkaido” adalah patung seram yang dtempatkan di Kuil Iwamizawa didakwa berambut sama manusia.

Menurut kisah kepercayaannya, boneka ini dikatakan mendukung roh seorang gadis kecil yang bersemayam di dalamnya.

Terdapat pelbagai versi kisah lagenda mengenai Okiku, tetapi yang paling terkenal adalah ia merupakan patung mainan yang dibeli oleh remaja lelaki bernama Eikichi Suzuki untuk adik perempuan kecilnya berusia 3 tahun pada 1918.

Patung itu dikatakan disimpan sepanjang masa di sisi kanak-kanak bernama Kikuko sehingga dibawa kemana-mana sehinggalah dia meninggal dunia akibat serangan selsema akut.

Sejak pemergiannya, pelbagai kejadian menyeramkan melanda keluarga tersebut sehingga keluarga Kikuko mengambil keputusan untuk menyimpan patung itu di sebuah kuil kecil.

Mereka menamakannya ”Okiku” dan mula berdoa padanya.

Anehnya, rambut patung itu dikatakan tumbuh dari masa ke semasa dan kini pada paras lutut patung tersebut. Sami di kuil itu dikatakan memotong rambut Okiku kerana Kikuko pernah meminta sami berbuat demikian dalam mimpi sami itu.

Pelancong yang melawat pulau Hokkaido tidak akan terlepas mengunjungi kuil tersebut dan melihat sendiri patung berrambut manusia itu.

Ada yang mendakwa mulut patung itu juga sedikit terbuka dan ia mempunyai gigi seperti manusia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.