

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak,” katanya dalam catatan di Twitter hari ini.
Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi kerana kenyataan penghinaan keterlaluan di Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.
Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek itu dibuat susulan laporan polis beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO).
Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.