
Dalam melakukan perkara ini, katanya kepada FMT, gabungan itu perlu disusun semula agar pemimpin yang layak dan berkebolehan akan mengetuai pembangkang.
Dakwanya, bagaimanapun, tiada seorang pun pemimpin BN yang mempunyai kebolehan sebegitu.
“BN tiada pemimpin yang boleh membawa gabungan tersebut ke tahap seperti Pakatan Harapan (PH),” katanya.
“BN perlu susun semula seluruh strukturnya dan ia perlu kaji semula cara pihaknya melantik pemimpin dan calon.”
Faisal, seorang profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia, memperakui bahawa BN akan ambil masa untuk menyusun semula segala perkara, sambil menegaskan PH mengambil bertahun lama untuk menjadi kuat sebagai gabungan politik.
“Kini BN harus belajar daripada kesilapan. Ia mungkin ambil masa bertahun lama, mungkin juga berdekad.”
Memandangkan ia akan ambil masa sebelum rakyat Malaysia boleh bergantung kepada pembangkang untuk menyediakan sekat dan imbangan, ia sepatutnya menggesa kerajaan baru untuk memastikan janji mereka dipenuhi untuk melaksanakan reformasi terhadap institusi negara.
“Institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar diperkasakan dan dijadikan bebas daripada politik, contohnya.”
“Kita tidak seharusnya perlu bergantung kepada pembangkang sahaja untuk menyediakan sekat dan imbangan.”
Tambahnya, ahli akademik, kumpulan awam, media dan orang awam juga harus memainkan peranan sebagai pelindung demokrasi.
Seorang lagi saintis politik, Dr Wong Chin Huat dari Penang Institute, berkata beliau percaya kekurangan ikhtiar survival mungkin menjadi kelemahan utama BN sebagai pembangkang, bukan kekurangan kepimpinan.
“BN tidak pernah kehilangan pengaruh politik sebelum ini. Cabaran besar bagi BN adalah untuk berfungsi tanpa sumber kerajaan.”