Institusi kewangan, pasaran saham, tukaran asing dibuka semula Isnin depan, kata Bank Negara

Institusi kewangan, pasaran saham, tukaran asing dibuka semula Isnin depan, kata Bank Negara

BNM berkata, ini susulan pengumuman Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytihar sebagai hari kelepasan tambahan di seluruh negara sempena pilihan paya umum ke-14.

KUALA LUMPUR:
Semua institusi kewangan serta pasaran wang luar pesisir, bon dan tukaran asing, ditutup mulai hari ini dan beroperasi semula pada Isnin, 14 Mei, 2018, kata Bank Negara Malaysia.

Bank pusat berkata ini susulan pengumuman oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytihar sebagai hari kelepasan tambahan di seluruh negara sempena pilihan paya umum ke-14.

Bagi negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.