Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir sebelum PRU14?

Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir sebelum PRU14?

Sekumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen.

Free Malaysia Today
Gambar AFP
PUTRAJAYA:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.

Kenderaan rasmi perdana menteri kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pada 8.40 pagi.

Sebelum itu, kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menteri Kabinet turut kelihatan memasuki bangunan tersebut untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet.

Ramai pemerhati politik mengandaikan mesyuarat itu mungkin yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

Sekumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.