Jangan pilih calon nomad pada pilihan raya, kata Zahid

Jangan pilih calon nomad pada pilihan raya, kata Zahid

Beliau berkata cukuplah kesan negatif ditinggalkan calon nomad ini yang hanya datang 5 tahun sekali ke sesuatu kawasan pilihan raya itu.

JOHOR BAHRU:
Rakyat harus menolak calon nomad sebaliknya pilihlah calon yang komited memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cukuplah kesan negatif ditinggalkan calon nomad ini yang hanya datang 5 tahun sekali ke sesuatu kawasan pilihan raya itu.

“Mana mungkin seseorang dipillih atas dasar kemarahan, kekecewaan dan disebabkan menolak ‘establishment’ (dapat berkhidmat). Akhirnya kita (rakyat) terpaksa menerima akibat atas salah pilih berkenaan,” katanya.

Berucap merasmikan majlis penyerahan kunci pangsapuri penempatan semula Desa Jaya, Zahid berkata usaha segelintir pihak meletakkan calon nomad, tahun sekali (di sesuatu kawasan pilihan raya) hanyalah sekadar mahu meniup lagu kebencian kepada rakyat dan kemudian meninggalkan masalah di situ sebelum beralih ke kawasan lain pula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.