Salah guna peruntukan, bekas koperal dipenjara 30 bulan, 1 sebatan

Salah guna peruntukan, bekas koperal dipenjara 30 bulan, 1 sebatan

Tertuduh dikenakan hukuman penjara 30 bulan dan 1 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula hari ini.

MELAKA:
Seorang bekas anggota tentera berpangkat koperal dijatuhi hukuman penjara 30 bulan dan 1 sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas 79 pertuduhan menyalahgunakan peruntukan Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak), Kem Sungai Udang berjumlah RM50,238.10, 2 tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Musa Md Dawi, 28, yang kini merupakan pekerja kontrak, selepas mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dikenakan hukuman penjara 30 bulan dan 1 sebatan bagi setiap pertuduhan dan hukuman berkenaan berjalan serentak bermula hari ini.

Ini bermakna tertuduh akan menjalani hukuman penjara selama 30 bulan dan 79 sebatan.

Lelaki itu didakwa atas 74 pertuduhan menyalahgunakan peruntukan pembayaran elaun perjalanan dan tuntutan cuti tahun Pulpak dengan mencipta baucar pembayaran seterusnya bayaran berjumlah RM46,281.10 itu dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.