
Warden Rumah Titian Kaseh, Haslinda Dol Hamid, berkata orang ramai lebih murah hati dahulu berbanding sekarang.
“Sebelum ini, sangat mudah mendapatkan apa yang kami perlu dan lebih banyak lagi,” katanya.
“Sekarang, anda boleh lihat orang ramai tidak begitu murah hati. Walaupun apabila kami minta, ia akan ambil sedikit masa sebelum kami memperoleh apa yang diperlukan.”

Haslinda berkata, kenaikan kos seperti yuran sekolah dan makanan memburukkan lagi keadaan.
“Harga makanan meningkat dan kita harus memberi makan kepada ramai kanak-kanak, rumah anak yatim memang terkesan.”
Rumah Titian Kaseh yang terletak di Jalan Persiaran Titiwangsa, kini menjaga 90 anak yatim.
Haslinda bercakap kepada FMT semasa anak yatim itu dibawa menjamu selera di NY Steak Shack di Melawati Mall, di sini.
Beliau berkata, acara yang jarang berlaku itu adalah satu rahmat.
“Kanak-kanak tidak pernah lapar di rumah anak yatim, tetapi mereka jarang berpeluang menikmati makanan mewah.”