
Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Muhammad Hanif Othman berkata, selain pasangan terbabit, pihaknya turut menahan pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada bayi tersebut.
“Kita menahan semua suspek yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun itu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanif berkata, semua suspek direman 7 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Bayi perempuan berumur 6 bulan itu meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi tadi selepas dirawat lebih 4 jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera.