Najib, Zahid ucap takziah kepada keluarga Sanusi

Najib, Zahid ucap takziah kepada keluarga Sanusi

Perdana menteri menghargai sumbangan Sanusi kepada kepada Umno dan BN.

Salam-takziah-kepada-keluarga-mantan-menteri-besar-Kedah
PETALING JAYA: Perdana menteri dan timbalannya mengucapkan takziah kepada keluarga bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Datuk Seri Najib Razak menghargai sumbangan Sanusi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Innalillahiwannnailahirajiun. Salam takziah kepada keluarga mantan menteri besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

“Sumbangan beliau kepada Umno dan BN akan dikenang dan dihargai. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah,” tulisnya di Twitter.

Anak Sanusi, Akhramsyah dilaporkan berkata, ayahnya meninggal dunia dalam keadaan baik semasa menunggu azan subuh.

Jenazah Sanusi, 74, disembahyangkan di Masjid Saidina Umar di Bukit Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, selepas solat Jumaat tadi.

Sanusi, bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar pernah memegang pelbagai jawatan Kabinet, termasuk menteri pertanian dan pembangunan luar bandar di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengucapkan takziah kepada keluarga Sanusi.

“Terima berita pemergian Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid mengadap ilahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah,” tulisnya di Twitter.

Sanusi Junid meninggal dunia

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.