Zahid: Kontrak Noor Rashid disambung setahun lagi

Zahid: Kontrak Noor Rashid disambung setahun lagi

Timbalan perdana menteri berkata pihaknya sedang menunggu surat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Noor-Rashid-Ibrahim-facebook
Noor Rashid Ibrahim sepatutnya bersara wajid pada 17 Mac ini. (Gambar Facebook)
PUTRAJAYA:
Kontrak perkhidmatan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai timbalan ketua polis negara akan disambung setahun lagi, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri itu berkata, pihaknya kini sedang menunggu surat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengenai perkara tersebut.

“Saya ingin mengumumkan Tan Sri (Noor Rashid) akan disambung perkhidmatannya dan kita menunggu surat perkenan daripada yang di-pertuan agong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Noor Rashid sepatutnya akan bersara pada 17 Mac ini.

Beliau sebelum ini berkata yakin sudah memberikan perkhidmatan terbaik hampir 34 tahun bersama pasukan beruniform itu sebelum bersara wajib 2 minggu lagi.

“Secara rasminya, saya masih mempunyai 2 minggu lagi untuk berkhidmat, saya sudah selesaikan misi saya, saya sudah berikan terbaik,” katanya.

Timbalan ketua polis negara bakal bersara, yakin sudah lakukan terbaik

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.