SPRM reman pengarah urusan syarikat, bantu siasatan rasuah

SPRM reman pengarah urusan syarikat, bantu siasatan rasuah

Semalam SPRM menahan suspek lelaki berumur 48 tahun itu di pejabat SPRM Negeri Sembilan pukul 1.50 tengahari.

sprm
SEREMBAN:
Seorang pengarah urusan syarikat direman 3 hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan RM30,000.

Pendaftar Khas Reman Nurul Balqis Zunaidi membenarkan permohonan reman oleh Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Riduan Kadri di Mahkamah Khas Reman hari ini.

Semalam SPRM menahan suspek lelaki berumur 48 tahun itu di pejabat SPRM Negeri Sembilan pukul 1.50 tengahari.

Menurut sumber SPRM, suspek disyaki menawarkan wang rasuah berjumlah RM30,000 kepada seorang juruteknik di sebuah syarikat, supaya mempengaruhi pegawai atasannya memilih syarikat suspek dalam satu tender.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.