
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharudin Abdullah mengesahkan Namewee, 34, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 1.45 tengah hari tadi.
“Ya. Namewee telah dibebaskan hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pada satu sidang media berkata kertas siasatan terhadap Namewee berhubung klip video berunsur hinaan itu, yang dimuat naik menerusi media sosial, telah itu diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
Kes disiasat engikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
Namewee direman sejak Jumaat lepas setelah ditahan polis pada Khamis bagi lalu membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama yang boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.
Klip video yang dimuat naik sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu antara lain memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing melakukan aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.