Permata dan Felcra kerjasama tubuh taska

Permata dan Felcra kerjasama tubuh taska

Penubuhan taska di setiap pejabat Felcra membolehkan pekerja wanita termasuk ahli Wanita Dinamis Felcra menghantar anak ke taska tersebut.

rosmah-mansor-fmt-1
KUALA LUMPUR: Permata Negara (Permata) sedia bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau taska di setiap pejabat Felcra seluruh negara.

Penaungnya Datin Seri Rosmah Mansor berkata penubuhan taska di setiap pejabat Felcra membolehkan pekerja wanita termasuk ahli Wanita Dinamis Felcra (Wadira) menghantar anak masing-masing ke taska tersebut.

“Saya memahami Wadira giat memajukan diri dan keluarga dengan terlibat dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Namun, saya menyarankan agar ahli Wadira tidak lupa tanggungjawab mereka terhadap pembangunan anak-anak, khususnya di awal usia.

“Dengan adanya taska di tempat kerja, maka tenaga kerja wanita dapat dioptimumkan serta produktiviti dipertingkatkan ekoran kestabilan emosi mereka (pekerja wanita), mengetahui anak mereka berada dalam jagaan baik.

“Dalam hal ini, Permata bersedia memberi kerjasama kepada Felcra dan Wadira dalam usaha ini,” katanya dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Konvensyen Perdana Wadira hari ini.

Wadira merupakan organisasi wa­nita bertindak sebagai penyelaras dalam merencanakan aktiviti sosial dan ekonomi untuk Felcra.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.