
Beliau berkata polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat klip video kontroversi berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Sekyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya selepas merasmikan Program Kembara Bermotosikal Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) bersempena Hari Polis ke-211, di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) hari ini.
Minggu lepas, Namawee memuat naik klip video terbaharunya bersempena Tahun Baru Cina bertajuk “Like a Dog” yang memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing yang didakwa mengandungi aksi tarian lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya yang menempatkan pejabat perdana menteri.