Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih

Bibir kanak-kanak melecur, ibu tiri paksa minum air mendidih

Kejadian berlaku Isnin lalu, sehari selepas ibu mangsa menghantar anak bongsu daripada 4 beradik itu pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

kanak_bibir_melucur_600
SEREMBAN:
Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal.

“Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes.

“Dakwaan ibu mangsa yang mengatakan tiada tindakan susulan dibuat kerana pegawai penyiasat di IPD Nilai menganggap perkara ini adalah masalah rumah tangga berdasarkan laporan yang pernah dibuat sebelum ini, adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setiap kes yang dilaporkan kepada pihaknya akan disiasat seadilnya.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun menderita akibat melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas yang masih menggelegak oleh ibu tirinya.

Kejadian berlaku Isnin lalu iaitu sehari selepas ibu kandungnya menghantar mangsa yang juga anak bongsu daripada 4 beradik pulang ke rumah bekas suaminya di Lenggeng.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.