
Di prosiding suruhanjaya siasatan negeri hari ini, Raj Kumar Shanmugam memberitahu beliau ada menyediakan satu memo, bertarikh 1 Ogos, yang ditujukan kepada kontraktor kerja-kerja tanah Kamsen Construction Sdn Bhd dan kontraktor pencerucukan Chuan Un Chye (M) Sdn Bhd (CUC).
Ditanya mengapa memo dikeluarkan, Raj Kumar berkata beliau mendapatkan tentang hakisan tanah dan rekahan di kawasan pakuan tanah pada 11 Julai tahun lepas.
Beliau seterusnya mengambil gambar kawasan terkesan dan menghantar gambar-gambar itu ke satu kumpulan WhatsApp, yang turut disertai wakil-wakil dari kedua-dua kontraktor.
“Saya beritahu kepada pihak yang berkenaan, ada hakisan tanah dan rekahan di kawasan pakuan tanah. Saya menasihatkan jika ada peresapan air maka laluannya perlu diubah.
“Saya juga meminta mereka membaiki rekahan dan juga memeriksa keadaan cerun dengan kerap.”
Bagaimanapun, beliau tidak mendapat respon daripada kedua-dua pihak, kecuali daripada majikan sendiri.
Raj Kumar berkata isu itu kemudian ditonjolkan dalam 2 audit mingguan. Isu itu juga dibangkitkan di jawatankuasa negeri pada 20 Julai. Ketika itulah beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan memo, katanya.
“Tiada penambahbaikan dan tiada tindakan dilakukan. Jadi saya keluarkan memo. Saya beritahu pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa saya, dan mereka bersetuju.
“Saa juga bimbang tentang pembaikan cerun. Apabila kamu nampak ada sesuatu yang tidak kena, kamu mesti kata tempat itu tidak selamat.”
Apabila memo itu dikeluarkan kepada 2 kontraktor itu pada 1 Ogos, Raj Kumar berkata CUC menghantar penyelia tapak untuk mengambil memo itu. Kamsen pula menghantar seorang operator pengorek-kaut untuk menerima memo itu.
“Tidak salah mengeluarkan memo itu. Saya perlu berlaku benar pada diri saya dan 11 nyawa yang meninggal dunia,” katanya.
‘Tidak selamat’
Raj Kumar, yang berada di tapak itu setiap hari kecuali pada hari cuti, berkata walaupun beliau bukan seorang pakar cerun, “akal mengatakan kamu perlu baiki kawasan terjejas sebelum meneruskan kerja” dan kawasan itu “pasti tidak selamat untuk pekerja di situ”.
Menjawab soalan sama ada beliau berada di tapak semasa tragedi, Raj Kumar berkata tidak kerana dia bercuti panjang ketika kejadian.
Raj dimaklumkan tentang kejadian itu oleh seorang pembantunya dan beliau bergegas ke Pulau Pinang.
Raj memberitahu sebelum dia bercuti, masalah hakisan tanah masih belum dibaiki.
“Apabila kita nampak hakisan tanah dan rekahan, sudah tentu saya mahu mereka baiki. Saya minta mereka baiki masalah itu sebelum bina apa-apa.
“Ada yang tanya kenapa saya seorang penyibuk dan menghantar memo itu kepada mereka. Itu inisiatif saya. Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang pegawai keselamatan.”
Raj menambah setiap kali beliau timbulkan itu itu dan tanya apa yang boleh dilakukan untuk membaiki keadaan itu, jawapannya yang selalu diberikan ialah “tutup dengan plastik”.
“Setiap kali saya tonjolkan isu itu, plastik lah penyelesaiannya.
“Sehinggakan saya rasa ‘okay lah, sebab kamu pakar dan kamu kata kamu sedang menanganinya, saya tidak akan menyibuk’ dan saya buat keputusan untuk tumpu pada kerja saya.”
Dalam kejadian di tapak projek Lengkok Lembah Permai Oktober lepas, tanah runtuh menyebabkan tembok penahan runtuh ke tapak pembinaan dan mengambus 11 pekerja.
Lima warga Bangladesh, 2 Indonesia, 2 Myanmar, seorang warga Pakistan dan seorang rakyat tempatan maut.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata inkuiri itu akan dijalankan mengikut format siasatan ke atas Menara Umno, jalan Macalister, runtuhan antena bangunan dan runtuhan tanjakan Jambatan Kedua Pulau Pinang pada 2013, yang meragut 3 nyawa.
Siasatan bersambung esok.