Perlis larang pukul anak, pasangan dan pelajar demi mendidik

Perlis larang pukul anak, pasangan dan pelajar demi mendidik

Fatwa itu turut melarang umat Islam menampar atau bertindak kasar pada muka, kepala serta kemaluan, walaupun sekadar bergurau.

pukul
PETALING JAYA: Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan umat Islam dilarang memukul dan menampar pasangan, anak atau pelajar bagi tujuan mendidik.

Jawatankuasa itu menerusi mesyuarat semalam turut melarang umat Islam “menyakiti fizikal atau psikologi” pasangan, anak mahupun pelajar untuk didikan.

Menurut fatwa itu, memukul mana-mana bahagian badan yang mudah mendatangkan kecederaan seperti kepala dan kemaluan juga diharamkan.

“Memukul, menampar atau apa-apa tindakan kasar pada muka diharamkan sama sekali berdasarkan hadis Nabi Muhammad, sekalipun dengan tujuan untuk mendidik atau bergurau.

“Keizinan memukul untuk tujuan mendidik hanya boleh dilakukan dengan syarat tidak memberikan mudarat pada fizikal dan psikologi pihak yang dididik,” demikian menurut fatwa itu.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.