3 lelaki ditahan lesapkan lebih RM8 juta mata wang asing

3 lelaki ditahan lesapkan lebih RM8 juta mata wang asing

Ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai ‘runner’ untuk syarikat pengurup wang direman 3 hari untuk membantu siasatan.

polis_ringgit_moneychanger_600
KUALA LUMPUR:
Polis menahan 3 lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan mata wang asing yang dianggarkan bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang dalam 2 tangkapan berasingan di ibu negara pada Sabtu dan semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang masing-masing berusia 33, 41 dan 43 tahun itu ditangkap selepas polis menerima laporan daripada syarikat pemborong mata wang terbabit pada Jumaat lepas.

“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai ‘runner’ untuk syarikat pengurup wang dan semua suspek direman 3 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan, seorang pekerja syarikat pemborong berkenaan ditugaskan untuk mengedarkan mata wang Thailand bernilai 85 juta baht kepada beberapa syarikat pengurup wang, namun wang itu tidak sampai kepada pengurup terbabit.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan tentang kebimbangan syarikat pengurup wang akan mengalami kekurangan bekalan mata wang asing untuk diniagakan susulan kes berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.