Tak perlu sensitif dengan kartun, kata Nazri kepada ahli politik

Tak perlu sensitif dengan kartun, kata Nazri kepada ahli politik

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, kartunis tidak patut membiarkan karya mereka disekat.

Nazri-zunar-Fahmi-Reza2
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyokong kartunis kontroversi, Fahmi Reza dan Zunar dengan menggesa ahli politik tidak perlu sensitif dengan kartun yang mempersendakan mereka.

“Jika anda terlalu sensitif, anda tidak patut menceburi politik. Ingat anda dikenali ramai.

“Jika anda tidak mahu dikritik, duduk rumah sahaja. Jika anda mahu terlibat dalam politik, anda perlu tahu apa yang akan dihadapi,” katanya dipetik akhbar The Sun selepas melancarkan Pameran Kartun & Kita di Muzium Negara, semalam.

Fahmi dan Zunar dipalit kontroversi sebelum ini melalui karya satira politik mereka, termasuk karikatur menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua-duanya mempunyai kes mahkamah yang belum selesai.

The Sun memetik Nazri sebagai berkata, 2 kartunis itu perlu terus menyuarakan pendapat mereka dan tidak harus ditakutkan dengan cubaan menyekat karya mereka mengkritik tokoh masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, peminat seni tidak patut melampau batas ketika menyuarakan pandangan mereka.

“Anda tahu betapa beracun atau berbisa apabila saya kata sesuatu. Jangan terlalu sensitif,” katanya.

Zunar bawa larangan keluar negara ke Mahkamah Persekutuan

Fahmi Reza lukis ‘anak kera’, ‘anak tokong’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.