Yong: Parti Cinta Sabah keluar Gabungan untungkan Umno

Yong: Parti Cinta Sabah keluar Gabungan untungkan Umno

Presiden SAPP berkata cengkaman Umno ke atas kerajaan negeri boleh dipecahkan kalau parti-parti Sabah bergabung tenaga melawan parti dari Malaya itu.

Yong-Teck-Lee_pcs_new_60
PETALING JAYA:
Presiden Parti Progresif Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee mendakwa tindakan Parti Cinta Sabah (PCS) meninggalkan Gabungan Sabah pada April tahun lalu hanya menguntungkan Umno.

Beliau berkata Umno, yang berpangkalan di Tanah Melayu, diasakan di Semenanjung dan beribu pejabat di Kuala Lumpur, mahu melihat parti-parti tempatan berpecah belah supaya penguasaan mereka ke atas negeri itu dapat dikekalkan.

“Adalah menjadi harapan rakyat Sabah mahukan parti-parti Sabah bersatu bawah satu payung,” katanya.

“Strategi paling berkesan untuk mengalahkan taktik pecah dan perintah Tanah Melayu terhadap parti-parti Sabah ialah bersatu bawah Gabungan Sabah.”

Beliau berkata langkah PCS itu sudah memecah-belahkan pembangkang tempatan.

“Itulah ‘hadiah’ PCS kepada Umno,” kata Yong dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Umno menyedari parti-parti lain dari Semenanjung yang bertapak di Sabah tidak mampu menewaskan Barisan Nasional (BN).

Kekalahan mereka ditunjukkan pada pilihan raya umum 2013.

“Ini kerana parti-parti berpangkalan di Tanah Melayu bayangan Umno-BN,” kata Yong, yang merupakan ketua menteri Sabah dari 1996 hingga 1998 semasa SAPP menjadi anggota BN.

“Tetapi kalau parti-parti Sabah bergabung tenaga, Umno boeh ditewaskan di Sabah kerana senjata rakyat Sabah ialah seruan hak dan autonomi untuk Sabah,” katanya.

Yong menambah Umno juga boleh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat sekiranya tewas di kawasan-kawasan Parlimen di negeri itu.

“Itulah ketakutan terbesar Umno,” katanya. “Oleh itu Umno akan cuba sebaik mungkin untuk memecahkan perpaduan parti-parti Sabah.”

PCS mengasaskan Gabungan Sabah bersama-sama SAPP dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) pada 2016.

Yong mendakwa PCS menarik diri dari Gabungan kerana presidennya, Datuk Seri Wilfred Bumburing, “obses” mahu jadi keua menteri.

“Tida mahu bekerja keras dan tidak dapat menerima parti-parti pembangkang lain ke dalam Gabungan Sabah, Datuk Wilfred keluarkan PCS. Parti itu akan dapati mereka sudah membuat keputusan yang salah,” kata Yong.

Dua parti tempatan lain – Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah – juga menyertai Gabungan.

Kenyataan Yong itu menyusuli tuduhan Bumburing semalam, di mana beliau mendakwa Gabungan ialah pakatan mesra BN.

“Kami tarik diri dari Gabungan Sabah kerana kita tidak mahu bekerja dengan parti yang mesra BN,” katanya pada pelancaran manifesto 13 perkara partinya.

“Kritikan terbuka Gabungan Sabah terhadap BN itu sebenarnya bukan betul,” tambahnya.

Beliau berkata Yong dan Presiden STAR Sabah Datuk Jeffrey Kitingan sebahagian daripada kumpulan ahli politik My Sabah, yang diasaskan oleh Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, yang merupakan ahli Umno, untuk membincangkan hak Sabah tahun lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.