Pelajar maut terkena kerusi dibaling dari flat PPR

Pelajar maut terkena kerusi dibaling dari flat PPR

Kerusi itu dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri PPR Seri Pantai, Pantai Dalam dan mengenai kepala mangsa.

dead-by-chair
KUALA LUMPUR:
Seorang remaja lelaki maut selepas sebuah kerusi dipercayai dicampak dari tingkat atas pangsapuri di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai S Sathiwaran merupakan pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa ingin memasuki bahagian flat yang tertutup berhampiran kawasan tangga bersama ibunya, sebelum ditimpa sebuah kerusi pejabat dipercayai dicampak di tingkat atas dan mengenai kepala mangsa.

“Bagaimanapun ibu mangsa terselamat manakala mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Roslan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kematian secara cuai dan siasatan punca kejadian masih disiasat.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.