Jurulatih bola sepak disyaki liwat remaja ditahan

Jurulatih bola sepak disyaki liwat remaja ditahan

Polis berkata penahanan suspek berusia 50an susulan susulan laporan polis mangsa yang juga jirannya berusia 15 tahun pada 9 Januari lalu.

handcuff
Menurut Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman, suspek telah direman empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang jurulatih bola sepak ditahan polis kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki bawah umur dalam kejadian di Kota Tinggi, Johor.

Ketua Polis Kota Tinggi, Yusof Othman berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 50an itu dibuat susulan laporan polis diterima daripada mangsa berusia 15 tahun pada 9 Januari lalu.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan suspek pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

“Suspek yang juga jurulatih bola sepak bertauliah, telah direman selama empat hari,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Harian Metro.

Yusof berkata suspek adalah jiran kepada mangsa dan kali pertama kejadian berlaku ialah pada 8 Januari di sebuah pondok di hadapan rumah suspek.

Katanya, kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

“Kita sedang meneruskan siasatan dan hasil dapatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut mengenai pendakwaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.