
“Peraturannya ialah tiada penangguhan kecuali berlaku kematian atau hampir mati,” katanya.
Raus yang terbabit dalam program pembaharuan kehakiman sejak 2009 berkata, beliau adalah penyokong kuat bagi penetapan tarikh perbicaraan.
“Ini yang kita mahu capai pada 2018. Di sinilah pengurusan kes penting,” katanya ketika berucap merasmikan Tahun Kehakiman di Pusat Konvensyen Antarabangsa hari ini.
Beliau berkata, penangguhan nampaknya ialah peraturan, bukannya pengecualian pada masa lalu.
Katanya, beliau tidak akan melayan permohonan menangguhkan kes atas alasan seperti mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa.
Raus berkata, prinsip pentadbiran dalam memastikan penetapan tarikh perbicaraan ialah mahkamah perlu membuat keputusan, bukannya pihak terbabit.
Katanya, Majlis Peguam perlu memainkan peranan proaktif dan Jabatan Peguam Negara juga perlu mematuhi peraturan dengan ketat.
“Jika perlu, permohonan penangguhan perlu dibuat kepada hakim yang akan menentukan sama ada untuk meluluskan permintaan itu.”
Katanya, kes lama dan baharu di mahkamah tinggi serta rendah dilupuskan pada kadar lebih cepat disebabkan pengurusan kakitangan dan sumber yang bijak.
Beliau memberi jaminan kepada orang ramai untuk mendapat akses lebih baik kepada keadilan dengan prosiding kes tepat pada masa, disokong pentadbiran cekap yang membawa kepada keputusan adil – pada kos munasabah.