
Pengarah Eksekutif SIS, Rozana Isa berkata, ia akan menghantar mesej tidak betul dan kelihatan tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa rogol.
Beliau berkata, tajuk berita seperti itu juga tidak mendidik orang ramai tentang isu penting, terutamanya keganasan terhadap wanita.
Beliau berkata demikian kepada FMT mengulas laporan akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian Selasa lalu yang bertajuk “Rogol: Sedapnya hanya dua minit, tapi…”.
Menurut artikel itu, jenayah seksual dilaporkan media setiap hari, tetapi jenayah sedemikian masih berlaku.
Artikel itu disertakan pautan kes terdahulu dan memetik seorang penganalisis jenayah sebagai berkata, perogol biasanya menyalahkan mangsa dan “kemuncak ‘pesona’ rogol bukan terletak kepada kehebatan dan kerakusannya meratah maruah mangsa, sebaliknya kemenangan sebenar jenayah ini adalah kepuasan merancang dan memerangkap mangsa’.
Rozana berkata, kesamaran tajuk berita dan bahasa yang digunakan bukan sahaja mengelirukan orang ramai, tetapi juga menyahpekakan dan menjadikan keganasan terhadap wanita sesuatu yang normal.
“Malahan, pengalaman mereka mengatasi trauma melampau tidak pun dipaparkan sepenuhnya dalam artikel surat khabar itu.
“Oleh itu, kami menyeru media menghubungi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pergerakan Wanita (Awam), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Pusat Kesedaran Wanita (WCC) dan lain untuk mengadakan dialog dan perbincangan lanjut.
“Ini akan mewujudkan pemahaman lebih baik berkaitan semua bentuk keganasan terhadap wanita.
“Ini akan membolehkan laporan insiden seperti itu lebih fokus dan sensitif terhadap trauma mangsa rogol.”