MAHB mohon maaf silap eja ‘Mary Christmas’, ‘Happy New Years’

MAHB mohon maaf silap eja ‘Mary Christmas’, ‘Happy New Years’

MAHB berkata, kesilapan itu hanya berlaku di Lapangan Terbang Kota Bharu dan kain rentang terbabit sudah dialihkan.

MAHB
PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memohon maaf atas kesilapan ejaan ucapan Krismas di kain rentang yang diletakkan di Lapangan Terbang Kota Bharu.

Syarikat pengendali lapangan terbang di Malaysia itu menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, mereka menerima banyak maklum balas berhubung perkara itu selepas gambar kain rentang itu tersebar di media sosial.

Mesej pada kain rentang di bawah logo Malaysia Airports berbunyi “Wishing you a Mary Christmas & Happy New Years”.

MAHB berkata, kesilapan itu hanya berlaku di lapangan terbang Kelantan itu.

“Kami segera mengalihkan kain rentang itu selepas menyedari kesilapan itu semalam.

“Kami memberi jaminan ini tidak berlaku di lapangan terbang lain.

“Terima kasih atas keprihatinan anda membangkitkan perkara ini kepada kami. Kami memohon maaf dan mengucapkan ‘Merry Christmas’ serta ‘Happy New Year’ kepada anda,” katanya yang memperbetulkan kesilapan 2 ejaan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.