Datuk bandar Pulau Pinang terima lantikan ketuai UN-Habitat 4 tahun

Datuk bandar Pulau Pinang terima lantikan ketuai UN-Habitat 4 tahun

Maimunah Mohd Sharif akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai datuk bandar sehingga akhir tahun ini dan akan menghubungi PBB untuk mengetahui tarikh lapor diri serta butiran lain.

Maimunah-Mohd-Sharif-The-United-Nations-secretary-general
PETALING JAYA: Datuk Maimunah Mohd Sharif akan melepaskan jawatan datuk bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk mengetuai UN-Habitat, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kenya selama 4 tahun.

Maimunah dipetik Sin Chew Daily berkata, beliau menerima e-mel daripada PBB memaklumkan badan dunia itu meluluskan pelantikannya selama 4 tahun dalam mesyuarat jam 4 pagi tadi (waktu Malaysia).

Katanya, beliau akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai datuk bandar sehingga akhir tahun ini dan akan menghubungi PBB untuk mengetahui tarikh lapor diri serta butiran lain.

Maimunah yang merupakan perancang bandar bertauliah, sebelum ini menguruskan Tapak Warisan Dunia George Town di Pulau Pinang yang kaya dengan sejarah penjajahan serta seni bina.

Antara tanggungjawabnya dalam UN-Habitat ialah mencari dana bagi agensi PBB berusia 40 tahun itu dan menjayakan visi 20 tahun bandar mapan “New Urban Agenda” yang diluluskan persidangan Habitat III di Ecuador, pada 2016.

Kuala Lumpur akan menganjurkan acara global perdana PBB berkaitan bandar “World Urban Forum” pada Februari depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.