Kes bunuh-gilis JB: 6 individu direman

Kes bunuh-gilis JB: 6 individu direman

Mahkamah Majistret membenarkan reman selama 7 hari bermula hari ini terhadap 5 lelaki berumur lingkungan 20-an dan wanita berumur 19 tahun.

petrol-station-murder
JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman 6 individu bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, Ahad lepas.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama 7 hari bermula hari ini terhadap 5 lelaki berumur lingkungan 20-an dan wanita berumur 19 tahun itu.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menerusi kenyataan mengesahkan seorang lelaki dan wanita ditahan pada 2.30 pagi, semalam, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Empat lagi lelaki berumur 20-an pula difahamkan ditahan awal hari ini.

Dalam kejadian 7.30 malam, Ahad lepas, mangsa bunuh yang berumur 40-an mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta dinaiki 4 lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengesahkan kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan 2 kumpulan kongsi gelap.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.