Zaid bimbang keselamatan diri, keluarga selepas diugut Jamal

Zaid bimbang keselamatan diri, keluarga selepas diugut Jamal

Ketua polis negara berkata polis akan menyiasat ugutan oleh Ketua Umno Sungai Besar sekiranya ada laporan dibuat.

zaid-ibrahim-jamal-yunos-tukul-kepala
PETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim bimbang akan keselamatan diri dan keluarga selepas Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dilapor tampil dengan tukul dan mengugut akan pecahkan kepala Zaid esok.

Pemimpin Umno itu dilaporkan berang kerana pihak berkuasa belum bertindak terhadap bekas menteri itu. Zaid berharap polis akan dapat menjaga keselamatannya dirinya dan keluarga.

“Saya tidak boleh mengharap pemimpin tertinggi Umno untuk meredakan keadaan, jadi kepada polis saja lah kami bergantung,” kata ahli DAP itu di Twitter.

Rabu lalu, Jamal membakar keratan gambar mirip Zaid selepas didakwa mengguris hati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta rakyat negeri itu.

Selasa lalu, Zaid menegur Sultan Selangor supaya berhati-hati dengan kata-katanya kerana semua akan terkesan apabila negara terbakar.

Zaid mengulas laporan media “Selangor ruler: Dr M will burn the whole country with his anger”.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun ketika dihubungi FMT berkata polis akan menyiasat jika ada laporan polis mengenai ugutan itu.

“Kita akan siasat sekiranya ada laporan dibuat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.