
Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menuduh SPR “benar-benar berat sebelah dan tidak profesional” dalam mengendalikan pendengaran awam berhubung perkara itu.
Selepas SPR menolak bantahan itu, katanya, penalti dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 seorang yang menjadikannya langsung tidak masuk akal kerana mereka yang membantah tiba dengan mod pengangkutan sama.
Beliau berkata, SPR enggan mengeluarkan laporan itu selagi bayaran penalti tidak dibayar serta-merta.
“Mula-mula mereka menuntut bayaran serta-merta, kemudian mereka kata kita perlu membayar sebelum 4 petang.

“Mereka bukan sahaja memberi layanan istimewa kepada Kementerian Pertahanan, mereka juga salah guna kuasa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Teo berkata, SPR hanya mengalah selepas beliau enggan berganjak dan merujuk undang-undang berkaitan perkara itu.
Pada 31 Oktober lalu, DAP menggesa SPR dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berterus terang mengenai dakwaan pengundi tentera didaftar di pangkalan tentera Segamat, walaupun kem itu masih dalam pembinaan.

Teo berkata, anggota tentera terbabit menghadiri pendengaran itu bersama keluarga mereka.
Beliau berkata, mereka datang dengan bas dan mempersoalkan keperluan itu jika mereka benar-benar tinggal di Segamat.
“Malah ada yang membawa bagasi,” katanya.
Beliau meminta maaf kepada anggota tentera yang terpaksa datang ke Segamat dan berkata, ia tidak bersifat peribadi.
DAP: Mengapa pengundi didaftar di pangkalan tentera belum siap?