
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah kedai makan di Bandar Sri Damansara pada pukul 3 pagi tadi.
“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zani berkata mereka ditahan reman 7 hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kesemua jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh dilaporkan selamat setelah botol berisi minyak petrol itu dipercayai dibaling oleh 2 lelaki menaiki motosikal ke arah surau itu tetapi ia tidak meletup.
Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baru selesai menunaikan solat Subuh apabila melihat kesan terbakar berhampiran pintu pagar surau berkenaan.