
Pada Selasa, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar membatalkan sabitan Mahkamah Persekutuan terhadapnya atas pertuduhan meliwat bekas pembantu pejabat PKR, Saiful Bukhari Azlan.
Shafee dilantik mengetuai pasukan pendakwaan ke atas Anwar, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun.
Pada Mei lalu, portal Sarawak Report menerbitkan slip transaksi menunjukkan Shafee menerima 2 bayaran pada September 2013 dan Februari 2014 berjumlah RM9.5 juta menerusi akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar berkata pendedahan itu adalah bukti beliau dinafikan pembicaraan yang adil bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Tinggi menganggap dakwaan pembayaran kepada Shafee sebagai “dakwaan kosong”.
Peguam Anwar, N Surendran dan Latheefa Koya bagaimanapun mempertikaikan kenyataan Shafee kepada media yang beliau sudah pun membuat penafian tentang laporan Sarawak Portal itu dalam afidavitnya.
Menurutnya, afidavit yang dikemukakan Shafee tidak mengandungi penafian sedemikian.
Mereka turut mempersoalkan dakwaan Shafee yang beliau tidak sempat mengulas laporan mengenai RM9.5 juta itu kerana perkara itu sudah dibawa Anwar ke mahkamah.
Menurutnya, Shafee mempunyai 9 hari sejak laporan itu tersebar pada 31 Mei.
“Anwar memfailkan samannya pada 9 Jun, 2017,” kata kenyataan peguam Anwar. “Komen Shafee yang tertunda hanya menimbulkan lebih banyak persoalan.”
Tuntutan Anwar berkenaan bayaran RM9.5 juta kepada Shafee batal
Court dismisses Anwar’s suit over RM9.5 million payout to Shafee