Remaja Pakistan pusing kepala 180 darjah demi sara keluarga

Remaja Pakistan pusing kepala 180 darjah demi sara keluarga

Sameer menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40) untuk setiap persembahan memusing kepala dari depan ke belakang.

semar
fmt-ohsem-inside-article1Seorang remaja lelaki dianggap luar biasa apabila memiliki kebolehan untuk memusingkan kepala 180 darjah.

Muhammad Sameer yang baru berusia 14 tahun dari Karachi, Pakistan dalam satu rakaman video dilihat memusing kepalanya dari depan ke belakang dengan menolaknya menggunakan tangan.

Sameer yang turut digelar sebagai burung hantu oleh penduduk tempatan kini menggunakan kebolehan unik itu untuk meraih pendapatan selepas bapanya yang pernah bekerja di kilang tekstil jatuh sakit.

Ibu Sameer, Rukhsana Khan, 45, berkata suaminya terpaksa berhenti akibat sakit jantung.

Dia membuat persembahan sekitar Karachi bersama kumpulan tariannya, Dangerous Boys yang turut disertai 7 remaja lain.

Kali pertama Rukhsana melihat Sameer memusingkan kepala, dia marah dan menamparnya kerana bimbang akan mencederakannya tetapi sedar ia adalah kebolehan istimewa.

https://www.youtube.com/watch?v=k10nsWYJvJk

Sameer menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40) untuk setiap persembahan.

“Saya mahu menyara keluarga dan tidak mahu 4 adik perempuan berhenti sekolah seperti saya kerana masalah wang,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Sameer juga memasang harapan untuk berlakon dalam filem Hollywood satu hari nanti.

“Saya melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang. Ia menarik perhatian saya dan sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian,” katanya kepada agensi berita.

Hanya selepas beberapa bulan mencuba, kanak-kanak itu berjaya melakukan aksi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.