‘Pengebom berani mati’ rai Halloween ditahan polis

‘Pengebom berani mati’ rai Halloween ditahan polis

Lelaki yang berusia 30-an itu berpakaian demikian untuk menyambut Halloween di kondominium di Damansara Perdana pada 28 Oktober.

damansara-halloween
fmt-ohsem-inside-article1Bila buat sesuatu, jangan terlebih-lebih. Misalnya seorang lelaki ini yang diberkas polis selepas menghadiri majlis sambutan Halloween dengan berpakaian seperti “pengebom berani mati”.

Lelaki yang berusia 30-an itu berpakaian demikian untuk menyambut Halloween di kondominium di Damansara Perdana pada 28 Oktober.
Menurut polis, lelaki itu mengenakan pakaian jubah putih ala Arab, berselendang penutup kepala bercorak kotak-kotak merah, melindungi wajah dengan janggut tebal dan memasang peralatan seperti bom yang diubahsuai daripada barangan seperti botol air, kadbod dan mesin pengira, diikat sekeliling pinggangnya.

Ketua Polis Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata penduduk di kondominium yang bertembung dengan lelaki itu di dalam lif memaklumkannya kepada pihak polis.

Jelas, pakaian seperti itu pastinya menyentuh sensitiviti dan emosi semua orang justeru lelaki tersebut seharusnya berfikir berkali-kali sebelum mengambil keputusan berpakaian demikian.

Malah, laporan agensi juga menyatakan ramai penduduk yang gentar dan resah apabila pakaian itu juga dikaitkan dengan ideologi Negara Islam (IS).

Lelaki berkenaan disiasat di bawah seksyen 506 kanun keseksaan Malaysia bagi ancaman jenayah.

Harap lain kali jangan memandai… kan dah kena!

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.