OKU warga emas kesal disingkir dari AGT hanya salah faham

OKU warga emas kesal disingkir dari AGT hanya salah faham

Alfred mahu jawapan yang kukuh daripada pihak pengurusan mengenai statusnya yang disingkir walaupun dipilih oleh ketiga-tiga juri ketika persembahan.

Alfred-Ho
fmt-ohsem-inside-article1Seorang peserta orang kurang upaya (OKU) warga emas kecewa selepas disingkirkan daripada pertandingan Asia Got Talent (AGT) walaupun dipilih 3 juri yang menghakiminya di pentas persembahan.

Namun, peserta warga emas OKU itu, Alfred Ho dikatakan salah faham dengan prosedur dan peraturan AGT yang tidak bergantung sepenuhnya pada keputusan juri di atas pentas sebaliknya akan melalui satu lagi tapisan sebelum dipillih ke acara separa final.

Terdahulu, Alfred Ho ketika ditemui FMT Ohsem mengakui kecewa dan marah dengan perlakuan pengurusan AGT yang menyingkir namanya daripada senarai untuk pusingan seterusnya.

“Ketiga-tiga juri, Anggun, David Foster dan Jaypark mengakui bakat saya, memilih saya serta-merta dengan 3 ‘yes’. Ia sudahpun disiar dalam saluran AXN baru-baru ini.

“Tetapi pada 27 September, pihak AGT diwakili AXN menghantar emel menyatakan saya tidak diterima ke pusingan seterusnya,” kata Alfred.

Alfred ketika ditemuduga sedang bersiap-sedia untuk membuat persembahan 2 jam di sudut Busker yang disediakan khas oleh pihak pusat beli-belah Avenue K berhampiran perhentian LRT KLCC.

Alfred menyampaikan lagu-lagu 60-an dan 70-an sambil memetik gitar, sekali gus menghiburkan para pejalan kaki dan pengguna komunter.

Alfred-Ho1
“Ini salah satu ‘kerja’ daripada jadual tugasan saya pada hari Khamis, bermula pukul 5 hingga 7 petang. Orang ramai yang lalu lalang akan menghulur duit sebagai sokongan. Isteri saya di sisi untuk membantu uruskan segalanya.”

Warga emas itu turut terikat dengan pelbagai kerja bebas yang lain melibatkan persembahan lagu di majlis korporat, perkahwinan dan sebagainya.

Alfred juga akui, pernah bertugas sebagai joki radio beberapa dekad lalu tetapi dihentikan dengan alasan tidak cukup peralatan bantuan untuknya di stesen berkenaan.

Berbalik kepada isu AGT, Alfred mahu jawapan yang kukuh daripada pihak pengurusan mengenai statusnya yang disingkir walaupun dipilih oleh ketiga-tiga juri ketika persembahan.

“Semua orang yang lalu-lalang di sini (stesen LRT), rakan-rakan, kenalan dan peminat saya bertanya mengenainya. Saya terpaksa menjelaskan tidak dipilih tetapi kabur kenapa disingkir,” ujar lelaki ini.

Namun, wakil AGT yang dihubungi pulw ada alasan mereka tersendiri.

Wakil jurucakap AGT yang dihubungi FMT Ohsem berkata mereka tidak pernah berlaku tidak adil malah segala proses yang dilakukan adalah mengikut prosedur.

“Kami mempunyai format tersendiri.

“Peserta yang menerima 2 atau 3 “yes” tidak semestinya secara automatik dapat menembusi pusingan separa final.

“Kami ada proses senarai pendek yang digelar sebagai ‘Judges’ Cull’ di mana hanya 20 peserta terbaik akan dipilih semula untuk pusingan seterusnya,” jelas kenyataan bertulis AGT.

Tambah mereka lagi, format “Judges’ Cull” diamalkan dalam semua pertandingan Got Talent (America dan Britain).

Jurucakap itu juga akui, semua peserta sepatutnya sedia maklum dan sedar mengenai format ini dan apa yang berlaku dalam hal ini hanyalah salah faham.

Ratusan orang menyertai pusingan kelayakan dan 99 peserta yang dipilih juri, daripadanya hanya 20 yang dipilih ke pusingan separa final.

“Semua peserta sudah diberitahu terlebih dahulu iaitu 3 ‘yes’ tidak semestinya bermaksud mereka dipilih ke pusingan seterusnya. Kecuali bagi mereka yang menerima “Golden Buzzer” ketika atau selepas persembahan maka secara automatik akan ke pusingan seterusnya,” jelas lelaki itu.

Semua peserta yang tidak pilih dan pilih dimaklumkan mengenai notifikasi itu sejak akhir September.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.