
Beliau mendakwa kewujudan tentera udara di pulau itu tidak membawa sebarang faedah.
“Satu-satunya sumbangannya adalah mengejutkan orang pada 3.00 pagi dengan latihan pesawat,” katanya dalam temubual dengan FMT baru-baru ini.
“Kerajaan persekutuan patut memindahkan pangkalan tentera udara ke Tawau, di mana terdapat keperluan. Labuan tidak perlukan tentera udara.”
Beliau menyindir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengatakan kewujudan tentera udara di Labuan akan menyumbang kepada perlindungan untuk Brunei.
“Bolehkah kamu bayangkan cakap-cakap seperti itu?” katanya.
Labuan dikatakan sukar menjadi destinasi pelancong walaupun pihak berkuasa persekutuan mengumumkan tekad menjadikannya sebuah destinasi pelancongan.
Menurut Harris, salah satu kesilapan Putrajaya adalah memberi kuasa jawatankuasa pentadbiran kepada wakil persekutuan dari negeri luar. Jawatankuasa ini patut dipengerusikan oleh orang Labuan, katanya.
Beliau percaya pulau itu masih boleh dijadikan terkenal dengan syarat pihak berkuasa cukup serius “membangunkannya sebagai destinasi pelancongan”.
Beliau memberi contoh perikanan laut dalam sebagai aktiviti yang boleh dibangunkan.
“Lebih kurang 100km dari pulau, terdapat banyak ikan tuna. Mereka boleh bangunkan perikanan di Labuan jika mereka berusaha sebaiknya,” katanya.
“Tetapi mereka takut untuk mencuba kerana usaha di Terengganu gagal. Mereka gagal di Terengganu kerana mengambil anal kapal Melayu. Mereka mabuk laut dan tidak mahu keluar ke laut.”
“Jadi anak kapal warga Thailand diambil bekerja semula. Tetapi bila mereka peroleh ikan, mereka tidak membawanya ke Terengganu. Sebaliknya, mereka menjualnya di tengah laut.”
Harris berkata Labuan juga boleh dijenamakan semula sebagai destinai bebas cukai untuk meningkatkan pelancongan beli-belah.
“Kerajaan persekutuan patut mendapatkan jenama Bebas Cukai Dubai dan membayar royalti kepada pemiliknya,” katanya.
“Tetapi mereka patut mengkomersialkan lapangan terbang Labuan dahulu, besarkan landasan, dan menambah baik terminal. Jika mereka besarkan landasan, pesawat tentera sekalipun boleh mendarat di sana.”
Beliau juga menyeru pusat pelancongan untuk mengambil kesempatan daripada “air jernih kelilingnya”.