
Dalam kejadian kira-kira 1.15 tengah hari itu, anggota polis dari Unit Kereta Peronda (MPV) segera ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Satria Neo.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata apabila tiba di lokasi kejadian, anggota polis meminta kedua-dua pemandu dan penumpang kereta bersurai namun mereka enggan mematuhi arahan pihak polis.
“Kemudian pemandu kereta Proton Satria Neo bertindak masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta dengan laju seterusnya melanggar kereta Toyota Vios serta kereta peronda polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Megat Mohd Aminuddin berkata semua suspek berusia 40-an itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.
Rakaman kejadian berdurasi 2 minit 4 saat yang memaparkan seorang lelaki dipercayai pemandu Proton Satria Neo yang ditahan kini tersebar di laman sosial.