11 maut nahas bas pelancong di Mexico

11 maut nahas bas pelancong di Mexico

Pihak berkuasa pada awalnya melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang cedera.

mayat
Pejabat pendakwa raya Nayarit memaklumkan enam mangsa maut di lokasi kejadian dan lima lagi di hospital. (Gambar Pixabay)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan puluhan lagi cedera pada Jumaat selepas sebuah bas pelancong terbalik di negeri Nayarit, barat Mexico, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Amatlan de Canas di Nayarit, apabila bas berkenaan terbabas sebelum terbalik.

Pihak berkuasa pada awalnya melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang cedera.

Pejabat pendakwa raya Nayarit kemudian memaklumkan 11 maut, iaitu enam di lokasi kejadian dan lima lagi di hospital.

Unit kecemasan dikerahkan membantu mangsa.

Pihak berkuasa Nayarit berkata, mereka sedang menyelaras dengan pegawai di negeri Jalisco, tempat asal bas itu dan membuka siasatan ke atas nahas berkenaan.

Gabenor Nayarit, Miguel Angel Navarro menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mengarahkan sumber negeri digerakkan bagi merawat mangsa cedera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.