
Hakim di mahkamah khas itu, Yong Zarida Sazali, yang ditubuhkan untuk melancarkan perbicaran dalam kes melibatkan kanak-kanak, bersetuju dengan peguam Nordalina Ali.
Nordalina menggesa mahkamah untuk tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh boleh menganggu mangsa dan keluarga mangsa.
Peguam tertuduh, S Sivaperumal berkata tidak membenarkan ikat jamin sama seperti menghukum anak guamnya sebelum keputusan mahkamah.
Dengan keputusan itu, individu berusia 49 tahun itu akan kekal di penjara sementara menunggu keputusan perbicaraan.
Yong Zarida menetapkan sebutan kes pada 4 Disember.
Tertuduh dikatakan melakukan seks di luar tabii dengan memaksa kanak-kanak berusia 11 tahun itu melakukan seks oral ke atasnya.
Kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan itu dikatakan berlaku pada November 2011, di rumah mereka di Petaling Jaya.
Tertuduh juga minta dibicarakan untuk tuduhan kedua iaitu melakukan serangan seksual secara fizikal terhadap mangsa, yang kini berusia 17 tahun.
Kedua-dua kesalahan itu diperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan maksimum 24 sebatan rotan.
Sementara itu, peguam M Manoharan berkata pilihan yang ada untuk keluarga pastor itu ialah memohon permohonan ikat jamin baharu di Mahkamah Tinggi.
Beliau berkata matlamat memberikan ikat jamin dengan 2 penjamin ialah memastikan kehadiran tertuduh semasa perbicaraan.
“Pelanggaran kebebasan seseorang itu dipertaruhkan apabila memenjarakan beliau sehingga perbicaraan,” katanya, dan menambah mesti ada bukti kuat menunjukkan tertuduh pernah menganggu mangsa.
Manoharan berkata tertuduh masih belum bersalah sehingga dibuktiukan sebaliknya dan olehe itu mahkamah boleh mengenakan syarat yang ketat kepada tertuduh apabila membenarkan ikat jamin.
Beliau berkata tidak seperti pertuduhan bunuh atau mengedar dadah, seseorang yang didakwa melakukan kesalahan seksual berhak diberi ikat jamin.