
Portal Egypt Independent melaporkan kempen itu dilaksanakan bagi menangani masalah buta huruf, pengangguran dan kemiskinan yang dikaitkan dengan krisis pertambahan penduduk, kata Menteri Pembangunan Tempatan Hisham al-Sherif.
“Setiap tahun, penduduk Mesir bertambah 2.04 juta orang,” kata dalam mesyuarat para gabenor mengenai pelaksanaan ppelan itu.
“Sekiranya kadar perningkatan itu berterusan, kerajaan dalam tempoh 3 tahun perlu menyediakan 20,000 pusat asuhan, dalam 6 tahun sebanyak 100,000 sekolah, dan dalam 25 tahun sebanyak 2 juta pekerjaan,” katanya.
Menteri Kesihatan Ahmed Emad Eddin berkata matlamat pelan itu akan dicapai melalui membasmi keciciran di sekolah bagi mencegah perkahwinan usia muda dan mengalakkan pengambilan pekerja wanita.
Wacana agama juga akan memainkan peranan penting dalam menanam kesedaran mengenai krisis yang dihadapi Mesir.
“Pencegahan kehamilan kaedah terkahir yang boleh kita gunakan dalam strategi penduduk ini,” kata Ahmed.
Menurut beliau, kadar kelahiran meningkat kepada 3.5 anak berbanding 2.5 anak pada 2005.
“Sama ada pertambahan penduduk menghancurkan Mesir atau krisis ini diselesaikan,” tambahnya.
Sementara itu, Sherif berkata Mesir perlukan pelan eksekutif untuk setiap wilayah bagi mengurangkan penduduk, membasmi buta huruf, mengurangkan kadar kemiskinan dan menyediakan peluang pekerjaan.
MEsir juga perlukan prasarana maklumat di semua wilayah dan kementerian bertanggungjawab untuk mendapatkan data penduduk yang tepat dan membangunkan penyelesaian sewajarnya.
Tambahnya lagi, kerajaan Mesir juga mempunyai program program kebangsaan untuk membasmi buta huruf dalam tempoh 3 tahun akan datang.