Pesawat terhempas di sungai tiada kebenaran terbang

Pesawat terhempas di sungai tiada kebenaran terbang

Ketua polis Melaka berkata, juruterbang pesawa itu mempunyai lesen penerbangan, tetapi Jabatan Penerbangan Awam tidak menerima sebarang permohonan bagi menerbangkan pesawat tersebut.

Abd-Jalil-Hassan
MELAKA: Pesawat ringan jenis GT500 Microlight yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor di sini, semalam, tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, perkara itu dimaklumkan DCA yang jabatan berkenaan tidak menerima sebarang permohonan bagi menerbangkan pesawat tersebut.

“Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada pihak DCA, juruterbang berkenaan mempunyai lesen penerbangan, tetapi aktiviti untuk menerbangkan pesawat ringan tersebut tidak mendapat kebenaran atau DCA tidak mendapat apa-apa maklumat tentang aktiviti tersebut.

“Seharusnya, apa jua aktiviti penerbangan sama ada melibatkan pesawat persendirian atau sebaliknya perlu dimaklumkan atau mendapat kebenaran daripada DCA bagi tujuan keselamatan,” kataya selepas program Hari Sukan Negara peringkat Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan lanjut kes itu kini diserahkan kepada DCA dan punca kejadian belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, pesawat tersebut terhempas kira-kira 200m dari landasan Aerodrome Sungai Rambai, Jasin.

Nahas itu mengorbankan juruterbang Yee Yoon Fah, 54, yang maut di tempat kejadian, manakala rakannya Mohd Shahrul Shafiri, 35, yang merupakan anggota Pasukan Gerakan Am, cedera di muka serta badan dan dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar.

Juruterbang maut, pesawat terhempas di kawasan sungai

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.