SPRM akan mohon lanjutkan reman bekas pegawai menteri

SPRM akan mohon lanjutkan reman bekas pegawai menteri

SPRM mahu melanjutkan tahanan reman 6 hari bekas timbalan setiausaha kepada menteri kemajuan luar bandar dan wilayah esok.

macc-arrest-jail
KOTA KINABALU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon lanjutan tahanan reman seorang bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam siasatan ke atas dakwaan penggelapan RM1.5 bilion yang diperuntukkan untuk projek luar bandar di Sabah.

Sumber SPRM berkata wanita berusia 40 tahun itu akan dibawa ke mahkamah Putrajaya esok untuk memohon melanjutkan reman 6 hari yang diperoleh minggu lepas.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Hari ini majistret Kota Kinabalu Cindy Balitus membenarkan tahanan reman 5 hari untuk Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar dan dan Ketua Pemuda Umno Ariffin Kassim dalam kes yang sama.

Sementara itu, tahanan reman Naib Presiden Warisan Peter Anthony dan seorang ahli perniagaan Yu Sin Kong dilanjutkan selama 3 dan 4 hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.