
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi mengeluarkan perintah reman sehingga 16 Jan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret George Town.
Sumber berkata, lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan pada 10.40 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan itu dari 2016 hingga 2021 dengan menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,000 setiap bulan.
“Suspek disyaki menerima wang itu melalui transaksi pemindahan wang dalam talian ke akaun pihak ketiga daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan pemilik syarikat perkhidmatan kesihatan manusia,” katanya menurut Bernama.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang S Karunanithy mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.