Wisma Putra haramkan rakyat Malaysia ke Korea Utara

Wisma Putra haramkan rakyat Malaysia ke Korea Utara

Keputusan ini berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

wisma-putra
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara sehingga diberitahu, kata Kementerian Luar.

“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (waktu pejabat) dan +603-88874570 (luar waktu pejabat).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.