Rohani: Jagaan JKM tanpa kewarganegaraan diberi kad sementara

Rohani: Jagaan JKM tanpa kewarganegaraan diberi kad sementara

Kad pengenalan diri sementara itu untuk membantu anak jagaan JKM mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan kecemasan selepas keluar dari pusat kebajikan.

rohani-abdul-karim_mykad_600
PUTRAJAYA:
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengeluarkan kad pengenalan diri sementara kepada bekas jagaan pusat Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) yang belum mendapat taraf warganegara sah, kata menterinya hari ini.

Datuk Rohani Karim berkata kad itu untuk membantu bekas jagaan JKM mencari pekerjaan atau mendapatkan bantuan kecemasan selepas meninggalkan pusat kebajikan.

“Sebelum ini anak-anak yang keluar JKM selepas berumur 18 tahun hanya diberikan surat sokongan sementara menunggu proses permohonan kad pengenalan diluluskan,” katanya.

Menurut Rohani pihaknya akan berjumpa dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri untuk membincangkan isu ini untuk dibawa ke jemaah menteri.

Kad sementara itu akan diedarkan awal Oktober ini, tambahnya.

Terdahulu Rohani mengadakan perjumpaan selama 2 jam bersama 26 bekas anak jagaan pusat kebajikan JKM dan rumah transit “Purple Home” untuk mendengar masalah berbangkit dan cadangan untuk membantu mereka.

“Purple Home” menjadi tempat penginapan sementara untuk bekas jagaan JKM. “Sekarang ini kita ada 4 pusat dan kita bercadang untuk diwujudkan di setiap negeri.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.