Lelaki dipenjara di UAE kerana berpakaian wanita pulang ke Singapura

Lelaki dipenjara di UAE kerana berpakaian wanita pulang ke Singapura

Dua lelaki itu asalnya dijatuhi hukuman setahun penjara selepas ditahan berpakaian wanita di tempat awam.

Muhammad-Fadli-Abdul-Rahman-Nur-Qistina-Fitriah-Ibrahim
PETALING JAYA:
Dua lelaki warga Singapura yang dijatuhi hukuman penjara 1 tahun di Abu Dhabi kerana berpakaian menyerupai wanita akan pulang ke negara mereka hari ini, lapor Channel NewsAsia.

Menurut akhbar UAE, The National, hukuman penjara ke atas jurugambar fesyen, Muhammad Fadli Abdul Rahman dan Nur Qistina Fitriah Ibrahim diringankan kepada denda 10,000 dirham (RM11,618).

Mengikut Perkara 358 Undang-undang Jenayah UAE, mana-mana orang awam “berpakaian tidak senonoh” akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mereka ditahan pada 9 Ogos di sebuah pusat membeli-belah dengan “memakai pakaian wanita di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh”.

Pada Jumaat, Kementerian Luar Negeri Singapura berkata pihaknya memberi bantuan konsulat kepada Muhammad Fadli dan Nur Qistina.

Rakan mereka juga dikatakan membuka akaun Facebook bagi mengumpul dana bagi membiayai yuran guaman selepas hukuman mereka diringankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.