Tiada laporan perubatan, kes mangsa buli Nhaveen ditangguh

Tiada laporan perubatan, kes mangsa buli Nhaveen ditangguh

4 Tertuduh itu juga didakwa membunuh Nhaveen di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sebutan kes tersebut akan dibuat pada 28 September.

Mahkamah-Sesyen-T-Nhaveen-malaysia
GEORGE TOWN: Mahkamah Sesyen hari ini terpaksa menangguhkan pendengaran kes remaja yang diserang dan dibunuh kejam, T Nhaveen, 2 bulan lalu kepada 29 September, kerana laporan perubatan belum dikeluarkan lagi, kata pendakwaraya.

Timbalan Pendakwa Awam Farah Aimy Zainul Anwar memberitahu mahkamah mereka juga belum menerima laporan perubatan T Previin, 19. Oleh itu kes tersebut tidak dapat diteruskan.

Hakim Irwan Suainbon menetapkan 29 September ini untuk pendengaran semula.

J Ragesuthan, 18, S Gokulan, 18, dan 2 pesalah juvana lain, masing-masing berumur 17 tahun dan 16 tahun sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya pada Previin.

Mereka tidak berada di mahkamah hari ini kerana pengangkutan mereka lambat tiba. Keempat-empat tertuduh kini ditempatkan di penjara reman Sungai Petani.

Previin dan Nhaveen didakwa dipukul oleh 4 tertuduh tersebut. Previin patah tulang pipi manakala Nhaveen yang cedera parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.

Nhaveen meninggal kira-kira seminggu kemudian di hospital, selepas dia diisytiharkan mati otak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan menggunakan helmet berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, Gelugor, antara 11 malam dan tengah malam pada 9 Jun.

Keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mereka juga didakwa membunuh Nhaveen di lokasi dan masa yang sama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebutan kes pembunuhan akan dibuat pada 28 September.

Mahkamah hari ini juga menyaksikan 3 tertuduh diwakili peguam.

Peguam jenayah terkenal Ranjit Singh mewakili Ragesuthen dan Gokulan. Salah seorang tertuduh juvana diwakili Manveer Singh, manakala seorang lagi tidak diwakili peguam.

Pada pendengaran lalu, mahkamah meminta ibu bapa tertuduh mendapatkan peguam daripada Biro Bantuan Guaman.

‘Mereka paksa Nhaveen jadi lelaki tabah’

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.