Semua kementerian ‘cemerlang’ dalam laporan audit di bawah ketua baharu

Semua kementerian ‘cemerlang’ dalam laporan audit di bawah ketua baharu

Ia merupakan laporan pertama di bawah ketua audit negara yang baru, Madinah Mohamad, tetapi penganalisis mempersoalkan metod audit yang tidak jelas untuk jabatan persekutuan.

audit2
KUALA LUMPUR: Beberapa penganalisa mencetuskan keraguan atas markah “cemerlang” yang diberikan kepada semua kementerian persekutuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Mereka menunjukkan ketidaksepadanan penilaian itu dengan contoh salah urus projek dan tender yang mengakibatkan kerajaan hilang beratus juta ringgit seperti yang ditekankan dalam laporan sama.

Hanya 18 jabatan persekutuan diaudit tahun lepas, kata penganalisis, berbanding 40 jabatan yang diaudit tahun sebelumnya. Tiada penjelasan diberikan atas perkara ini dalam Laporan Ketua Audit Negara kali ini.

Laporan 2016 dibentangkan di Parlimen Isnin lalu dan ianya laporan pertama oleh Tan Sri Madinah Mohamad, menggantikan bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang yang lama memegang jawatan itu.

Laporan itu mengatakan Jabatan Audit Negara (NAD) mengaudit 25 kementerian persekutuan, 18 jabatan persekutusan dan 38 badan statutori persekutuan tahun lepas.

The Edge melaporkan kesemua kementerian persekutuan dinilai “cemerlang”, berbanding dengan 16 daripada 25 kementerian dalam laporan 2015 yang dipengerusikan Ambrin.

Tiada penjelasan atas dasar mengenai kementerian mana yang dinilai “cemerlang”.

Dr-Oh-Ei-Sun
Dr Oh Ei Sun.

Daripada kesemua jabatan persekutuan, 16 memperoleh “cemerlang”, dengan kadar 88.89%, berbanding 22 daripada 40 jabatan pada 2015 dengan kadar 55%.

“Saya setuju mereka patut menjelaskan kriteria, terutamanya apabila semua dinilai sebagai cemerlang, dan kepercayaan umum dalam keberkesanan pelbagai tugas rasmi tidak benar-benar di tahap tinggi,” kata Dr Oh Ei Sun, penasihat utama Pusat Kajian Pasifik, Malaysia yang juga sebahagian Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam, Singapura, dipetik The Edge.

Oh berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada Jun 2009 sehingga Julai 2011.

The Edge memperhatikan beberapa contoh salah urus ditekankan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu, dan menambah ianya sukar untuk sesiapa membaca laporan itu menerima penilaian “cemerlang” dan dapatan laporan itu.

Bagaimanapun, The Edge meyebut Laporan Ketua Audit Negara itu ada menilai kepatuhan dan kesekataan kewangan oleh kementerian dan jabatan persekutuan menggunakan beberapa elemen kunci termasuklah kawalan pengurusan, kawalan perbelanjaan, kawalan terimaan dan pengurusan perolehan.

Masih ada tirisan

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dipetik The Edge berkata, terdapat kemajuan dalam pengurusan kewangan kerajaan persekutuan.

wong-chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Bagaimanapun, ini bukan kerana perubahan drastik dalam sikap kerajaan terhadap tirisan dan pembaziran, tetapi kerana dorongan bersederhana dalam perolehan kerajaan dalam tempoh tiga tahun lepas.

“Dengan perbelanjaan kurang untuk perolehan, pembaziran, tambah harga dan rasuah akan jatuh sewajarnya. Laporan Ketua Audit Negara itu bagaimanapun, tidak sepenuhnya mencerminkan keadaan rasuah di Malaysia,” kata Wong kepada The Edge.

The Edge juga mengulas dorongan kesederhanaan boleh dilihat dengan pengurangan beransur-ansur dalam peruntukan perbelanjaan untuk bekalan dan perkhidmatan dalam peruntukan perbelanjaan persekutuan.

Sebagai contoh, pada 2015, peruntukan berjumlah RM38 bilion, atau 14% daripada peruntukan perbelanjaan tetapi tahun lepas menurun kepada RM36.34 bilion atau 13.7% daripada peruntukan perbelanjaan.

Menurut akhbar itu, sementara bidang audit dan metodologi digunakan ke atas kementerian, jabatan dan agensi persekutuan tidak dijelaskan, jabatan audit cuba sedaya upaya menjelaskan audit mereka ke atas jabatan dan agensi negeri.

Bagaimanapun, laporan The Edge menyebut Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang pertama memasukkan audit daripada syarikat subsidi kementerian persekutuan dan badan statutori.

Ini termasuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), CyberSecurity Malaysia, dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.