Didenda jika lintas jalan sambil guna telefon di Hawaii

Didenda jika lintas jalan sambil guna telefon di Hawaii

Pejalan kaki yang melintas jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon telefon bimbit boleh didenda RMRM149.78.

Hawaii,-Honolulu
PETALING JAYA: Ibu negeri Hawaii, Honolulu meluluskan undang-undang melarang pejalan kaki melintas jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon bimbit, lapor portal BBC.

Undang-undang tersebut yang akan berkuatkuasa Oktober ini bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian akibat leka semasa berjalan kaki.

Mereka yang didapati melihat peranti, termasuk komputer riba dan kamera digital berdepan denda $AS15 (RM64.19) hingga $AS35 (RM149.78) untuk kali pertama dan sehingga AS$99 (RM423.67) untuk kesalahan berulang.

Panggilan kepada perkhidmatan kecemasan dikecualikan daripada larangan tersebut.

Majlis Keselamatan Negara AS melaporkan antara 2000 dan 2011 lebih 11,100 kecederaan dilaporkan akibat kemalangan kerana leka semasa berjalan kaki melibatkan telefon bimbit.

Undang-undang baharu itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa pihak yang mendakwa kerajaan berlebih-lebihan membuat undang-undang, kerana sebenarnya apa yang masyarakat perlukan ialah sedikit akal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.